Koperasi Kastam Diraja Malaysia Bhd v Yi Go Group Sdn Bhd [2021] 5 MLJ 590

Pihak yang tidak ingkar berhak menuntut ganti rugi atas kemungkiran kontrak daripada pihak yang ingkar.

Perkara yang boleh dituntut terkandung dalam s 74 Akta Kontrak 1950, yang memperuntukkan seperti berikut:

(1) Bila sesuatu kontrak telah dilanggar, pihak yang mengalami kerugian akibat dari pelanggaran itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah melanggar kontrak itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh sebab demikian, yang sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pelanggaran sedemikian itu, atau yang diketahui oleh pihak-pihaknya, bila mereka membuat kontrak itu, bahawa mungkin akan berakibat daripada perlanggaran itu.

(2) Pampasan sedemikian itu tidaklah boleh diberi kepada sebarang kerugian yang terpencil dan tak langsung atau kerosakan yang dialami oleh sebab pelanggaran itu.

(3) Bila suatu kewajipan menyerupai apa yang ditimbulkan oleh kontrak telah dikenakan dan tidak ditunaikan, maka sesiapa yang mengalami mudarat kerana kegagalan untuk menunaikannya, adalah berhak untuk mendapat pampasan yang sama daripada pihak yang engkar seolaholah orang sedemikian itu telah berkontrak untuk menunaikannya dan telah melanggar kontraknya.

Ada orang langgar kontrak dengan anda? Hubungi kami!
https://wa.me/60123640086

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *