FRAUD ATAU PENIPUAN DALAM KONTRAK

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

FRAUD ATAU PENIPUAN DALAM KONTRAK

Fraud diperuntukkan dalam Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 dan menyatakan perbuatan fraud adalah: 

(a) menyarankan sesuatu fakta yang tidak benar sedangkan satu pihak itu tidak mempercayai bahawa fakta itu adalah benar. 

(b) menyembunyikan sesuatu fakta secara aktif sedangkan satu pihak itu mengetahui dan mempercayai fakta berkenaan. 

(c) membuat janji tanpa ada apa-apa niat untuk menepati janji itu 

(d) mana-mana tindakan berbentuk penipuan. 

(e) mana-mana tindakan tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai fraud.

Anda ingin menandatangani kontrak tetapi kurang faham dengan terma dan syarat kontrak? Peguam kami boleh menjadi penasihat anda!

FRAUD DAN SALAHNYATA

Fraud dan salahnyata boleh menyebabkan sesuatu kontrak itu boleh dibatalkan. Di Malaysia, istilah fraud dan salahnyata mempunyai beberapa persamaan tetapi mempunyai makna yang berbeza. Kedua-duanya adalah kenyataan palsu oleh salah satu pihak yang berkontrak. Fraud mempunyai implikasi yang lebih berat tetapi mempunyai syarat yang lebih ketat

Jangan membuta tuli tandantangan kontrak tanpa membaca dan memahami isi kandungan kontrak. Dapatkan nasihat guaman dari peguam-peguam yang berkemahiran di Liyana & Co!

Apakah maksud salahnyata? 

Seksyen 18 Akta Kontrak 1950 memberi maksud salahnyata iaitu pernyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang menyangka bahawa kenyataan tersebut adalah benar. Perbezaan antara fraud dan salahnyata adalah dari sudut niat pembuat kenyataan itu.

Dalam kes salahnyata, pihak yang membuat pernyataan tidak mempunyai niat menipu kerana pihak itu juga menyangka kenyataan yang dibuat adalah benar. Walau pun pihak yang membuat kenyataan tidak berniat untuk menipu, ia tetap menyebabkan kontrak boleh batal.

Pastikan anda tahu intipati kontrak yang dipersetujui tanpa tipu helah oleh sebelah pihak. Hubungi kami sekarang untuk membuat temu janji sama ada melalui panggilan telefon, video call atau pertemuan di pejabat.

Apakah perbezaan antara fraud dan salahnyata?

Kedua-dua fraud dan salahnyata menyebabkan kontrak boleh batal. Namun begitu fraud dan salahnyata mempunyai beberapa perbezaan, di antaranya: 

(a) Fraud adalah kenyataan palsu yang dibuat dengan niat untuk menipu sedangkan salahnyata dibuat tanpa niat menipu. 

(b) Fraud boleh berlaku secara berdiam diri tetapi semua salahnyata berlaku dalam bentuk kenyataan. 

(c) Kebiasaannya gantirugi untuk fraud adalah lebih tinggi berbanding dengan salahnyata.

Anda merasakan kontrak berat sebelah? Anda rasa ditipu? Liyana & Co sedia membantu anda untuk tidak membiarkan anda terjerat dalam tipu helah sesetengah pihak yang rakus! 

KESAN FRAUD DAN SALAH NYATA

Setiap kontrak yang mengandungi fraud dan salahnyata boleh dibatalkan oleh pihak yang menerima fakta palsu seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 19 Akta Kontrak 1950. Pihak yang menerima kenyataan palsu mempunyai beberapa pilihan iaitu:

(a) meminta sama ada membatalkan kontrak serta menuntut gantirugi atau; 

(b) meminta gantirugi sahaja; atau 

(c) menuntut untuk mendapat hak seperti di awal perjanjian jika kenyataan itu benar.

Menurut Seksyen 65 Akta Kontrak 1950, jika kontrak itu dibatalkan, maka segala faedah yang diperolehi daripada kontrak itu perlu dikembalikan kepada pihak yang asal. Dalam kebanyakan kes, pihak yang menuntut berhak mendapatkan ganti rugi. Walau bagaimana pun, hak pihak yang membuat tuntutan tertakluk kepada pengecualian di bawah Seksyen 19 Akta yang sama.

Anda pening pasal kontrak? Biar peguam kami menjadi penasihat anda!

Plaintif adalah sebuah syarikat asing yang membuat kontrak untuk membina sebuah bangunan di Pulau Pinang. Isunya adalah sama ada kontrak itu adalah sah atau tidak kerana syarikat ini tidak berdaftar menurut Akta Syarikat 1965. Mahkamah memutuskan bahawa Akta Syarikat tidak menyebut secara jelas bahawa peruntukan itu merupakan syarat kepada kesahihan untuk berkontrak.

Mahkamah mendapati bahawa kontrak yang dipertikaikan itu tidak batal kerana tiada kaitan yang jelas antara peruntukkan dalam Akta Syarikat dan kontrak tersebut. Oleh itu, kontrak itu adalah sah di sisi undang-undang.

Anda ada isu dengan kontrak? Jangan kusut! Biar peguam kami menjadi penasihat anda. Hubungi kami sekarang!

Perlukan nasihat guaman ? Tidak pernah lagi mendapatkan perkhidmatan daripada firma kami? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan nasihat guaman dari peguam-peguam kami yang profesional dan penuh dedikasi.

Jom set temujanji & isi borang konsultasi disini

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *