Alamak…Dah Setahun Baru Sedar Yang Perjanjian Ni Tak Pernah Dimatikan Setem! Jadi Perjanjian Ni Dikira Sah Ke?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

SOALAN:

Tempoh kontrak sewa rumah saya sudah  tamat. Saya juga tidak pernah gagal untuk  membayar sewa rumah setiap bulan pada  waktu yang ditetapkan. Rumah sewa  yang ditinggalkan juga berada dalam  keadaan yang baik dan bersih. Tetapi  selepas beberapa bulan tamat menyewa,  tuan rumah masih belum pulangkan duit  deposit sewa rumah saya. Saya cuba untuk menghubunginya tapi tidak dapat  dikesan. Saya ingin mengambil tindakan  undang-undang ke atas tuan rumah,  tetapi saya baru sedar yang selama ini  Perjanjian Sewa Rumah saya tidak  pernah dimatikan setem! Saya buntu dan  risau kalau perjanjian ini tidak dianggap  sah di sisi undang-undang. Tolong saya!

JAWAPAN:

Tujuan penyeteman perjanjian adalah  untuk melindungi hak orang-orang yang  menandatangani perjanjian tersebut dan  samada ada dokumen/perjanjian anda  disetem atau tidak ia akan mendatangkan  situasi yang cukup berbeza. 

Ini kerana, mengikut seksyen 52 Akta  Setem 1949,

Tiada suratcara yang dikenakan duti  boleh diterima sebagai  keterangan… melainkan suratcara itu  telah disetemkan”.

Maksudnya, jika anda ingin membuat  apa-apa tuntutan di Mahkamah, pihak  Mahkamah tidak dapat menerima  perjanjian tersebut sebagai bahan bukti  keterangan di Mahkamah. Tetapi, ini tidak  bermaksud undang-undang menolak  keras perjanjian tersebut daripada  menjadi bukti yang diterima di Mahkamah.

Hal ini kerana, kedudukan dokumen yang  tidak disetem di sisi undang-undang telah  dijelaskan di dalam kes Mahkamah  Persekutuan iaitu kes Malayan Banking

Bhd v Agencies Service Bureau Sdn  Bhd & Ors (1982) 1 MLJ 198.

Di dalam kes ini, Mahkamah telah  membuat keputusan bahawa perjanjian  yang tidak disetem tidak akan membuat  satu perjanjian itu menjadi tidak sah,  tetapi hanya akan menyebabkan ianya  tidak dapat menjadi bukti yang diterima di  Mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menekankan  apa yang hanya perlu di pastikan di dalam  keadaan ini, adalah untuk perjanjian itu  disetemkan dengan sewajarnya beserta  dengan pembayaran penalti menurut Akta  Setem.

Jadi berdasarkan kes di atas, apa yang  anda perlu lakukan sekarang adalah  untuk meneruskan penyeteman perjanjian  tersebut dengan membayar bayaran  penalti yang telah ditetapkan oleh LHDN  agar Mahkamah dapat menerima  perjanjian itu sebagai bukti keterangan.

APAKAH MAKSUD DUTI SETEM?

Duti setem adalah cukai yang dikenakan  ke atas dokumen/suratcara yang ada  kesan perundangan, komersial dan  kewangan seperti yang dinyatakan di  bawah Jadual Pertama, Akta Setem 1949.

Duti setem yang perlu dibayar  ditentukan oleh Lembaga Hasil Dalam  Negeri (LHDN) seperti yang ditetapkan  di bawah Seksyen 4 Akta Setem 1949.

JENIS-JENIS DUIT SETEM

Terdapat dua jenis duti setem iaitu duti ‘ad  valorem’ atau duti tetap.

1. Duti Ad Valorem ialah duti yang  dikenakan bergantung kepada nilai sesuatu  perkara di dalam suratcara/dokumen  tersebut atau nilai pasaran hartanah dan  ianya tidak tetap.

2. Duti Tetap ialah duti yang dikenakan adalah  mengikut ketetapan dan tanpa ada kaitan  dengan balasan atau amaun yang dinyatakan  dalam suratcara/dokumen.

BILAKAH SEPATUTNYA PERJANJIAN PERLU DIMATIKAN SETEM?

Dalam Seksyen 47, Akta Setem  1949 menyatakan:

“Kecuali jika peruntukan nyata lain dibuat  oleh Akta ini atau mana-mana Akta lain,  mana-mana surat cara yang tidak disetem  atau tidak disetem secukupnya yang  bukan cek atau nota janji hutang yang  dikeluarkan atau dibuat di dalam Malaysia  boleh disetem selepas pelaksanaan  pembayaran duti yang belum dibayar jika  surat cara itu dikemukakan untuk disetem  dalam tempoh tiga puluh hari daripada  pelaksanaannya jika dilaksanakan di  dalam Malaysia, atau dalam tempoh tiga  puluh hari selepas ia mula-mula diterima  di Malaysia jika ia telah dilaksanakan di  luar Malaysia”.

Secara ringkasnya, bayaran penalti akan  dikenakan jika anda tidak menyetem perjanjian anda dalam masa 30  hari selepas perjanjian tersebut  ditandatangani.

BERAPAKAH NILAI PENALTI UNTUK  PENYETEMAN LEBIH MASA?

Mengikut Akta, jika anda gagal untuk  membuat penyeteman dalam masa yang  ditetapkan, anda dikehendaki untuk  membayar duti setem yang tidak  berbayar bersama-sama bayaran penalti  yang dinyatakan di dalam Seksyen 47A  iaitu:

(a) RM25.00 atau 5% daripada duti yang  berkurangan, yang mana lebih tinggi,  kalau ia disetemkan dalam tempoh 3  bulan selepas masa untuk penyeteman; (b) RM50.00 atau 10% daripada duti  yang berkurangan, yang mana lebih  tinggi, kalau ia disetemkan selepas  tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat  daripada 6 bulan selepas masa untuk  penyeteman; atau (c) RM100.00 atau 20% daripada duti  yang berkurangan, yang mana lebih  tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6  bulan selepas masa untuk penyeteman.

Mari kita mengikuti kes Mahkamah  Tinggi

Omega Securities Sdn Bhd v Dato’  Hamzah Bin Abdul Majid (2011) 8 MLJ  12

Di dalam kes ini, isu yang dibangkitkan  di Mahkamah adalah berkenaan  dengan keabsahan “Margin Facility  Agreement” yang tidak disetem.  

Mahkamah telah merujuk kepada  prinsip undang-undang yang digunakan  di dalam kes Malayan Banking  

Berhad dan memutuskan bahawa, “di  dalam kes ini, kegagalan menyetem  “Margin Facility Agreement” tersebut  tidak melibatkan keabsahannya. Ia  hanyalah melibatkan isu Hasil  

Kerajaan”. Oleh itu, “Margin Facility  Agreement” tersebut adalah sah di sisi  undang-undang.

Anda perlukan jawapan dan jalan  penyelesaian dalam tindakan undang undang? Dapatkan khidmat nasihat guaman  dari peguam-peguam kami di Liyana & Co. 

Peguam-peguam kami mempunyai 10  tahun pengalaman dalam menyelesaikan  masalah perundangan yang kompleks.

“Peguam & Penyelamat Anda” 

���� Jom set temujanji dan hubungi kami  di talian: 

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *