BILA KONTRAK DILANGGAR, BOLEH DAPAT GANTIRUGI APA?

Sharing :

BILA KONTRAK DILANGGAR, BOLEH DAPAT GANTIRUGI APA?

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. 

Selamat pagi~ semalam dalam ruang comment di wall fb saya ada yang bertanyakan kepada saya apakah elemen-elemen yang membolehkan sesuatu kontrak itu digunapakai. 

Dalam kontrak ni ada 5 elemen penting untuk dipatuhi:- 

  1. kelayakan untuk memasuki kontrak tersebut 
  2. kemahuan untuk diikat dalam perjanjian kontrak itu 
  3. balasan 
  4. ijab dan qabul 
  5. keesaan kontrak itu 
 

Pada hari ini saya nak berkongsi tentang seksyen 74 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan pampasan yang perlu diberikan kepada orang yang telah menerima musibat akibat kontrak tersebut dimungkiri. Kira macam breakup the relationship. 

Mahkamah telah mengiktiraf bahawa, di bawah s 74, suatu pihak boleh memulihkan apa-apa kerugian atau kerosakan bagi apa-apa pelanggaran yang:  

secara semulajadi timbul dalam perjalanan biasa perlaksaaan kontrak; atau yang mana pihak tahu, apabila mereka membuat kontrak, mungkin terjadi disebabkan oleh pelanggaran kontrak. 

 

Saya bagi contoh dalam kes KOH SIAK POO v MED-BUMIKAR MARA SDN BHD [1994] 3 MLJ 610 

Plaintif mengupah traktor di bawah perjanjian sewa-beli (‘ perjanjian ‘) dengan Credit Corp (Malaysia) Bhd (‘ CCM ‘) pada 5 Januari 1980. Pada 4 Oktober 1981, defendan, ejen yang diberi kuasa CCM, merampas traktor dan seterusnya.  

Plaintif mendakwa bahawa rampasan oleh defendan adalah salah kerana tidak mematuhi s 16 Akta, iaitu notis 21 hari yang diperlukan tidak diberikan, dan telah menuntut ganti rugi.  

Dalam kes ini, Hakim telah membenarkan tuntutan plaintif di bawah s74 akta kontrak ini dan memberi:- 

  • gantirugi untuk kehilangan hak untuk terus menyewa traktor sehingga plaintif menjadi pemiliknya di bawah perjanjian sewa beli itu 
  • Tuntutan kos pengambilan traktor gantian dibenarkan untuk tempoh 40 hari Faedah diberikan ke atas jumlah penghakiman pada kadar 4% daripada tarikh writ hingga tarikh penghakiman dan pada 8% setahun dari tarikh penghakiman kepada tarikh penyelesaian penuh. 

Sekian, Moga bermanfaat. 

-Liyana the Lawyer- 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *