Berlaku salah urus dalam syarikat anda?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Salah urus dalam syarikat boleh dikira sebagai satu penindasan mengikut keadaan sesuatu kes tersebut. Walau bagaimanapun, salah urus syarikat yang serius boleh diklasifikan sebagai satu penindasan dimana berlakunya pelanggaran terhadap ‘standard of care’ yang sepatutnya dilaksanakan oleh sesebuah syarikat. Antara contoh salah urus dalam syarikat adalah nilai saham bagi pemegang saham dikurangkan dan terjejas akibat daripada salah laku individu yang mengawal syarikat, syarikat gagal membayar dividen kepada pemegang saham dan sebagainya.

Pemegang saham tidak diberikan notis mesyuarat.

Anda pemegang saham tapi mesyuarat dijalankan tanpa sebarang notis diberikan kepada anda. Apa yang anda boleh lakukan? 

Menurut seksyen 101 (2) Akta Syarikat 2016, anda mempunyai hak untuk mendapatkan notis. Jika anda tidak menerima notis tersebut, ia juga boleh dianggap sebagai satu penindasan kepada anda sebagai seorang pemegang saham.

Hak sebagai pemegang saham.

  1. Hak untuk menghadiri, menyertai dan bersuara dalam mesyuarat. 
  2. Hak untuk mengundi dengan mengangkat tangan atas mana-mana ketetapan syarikat.
  3. Hak bagi satu undi bagi setiap syer dalam pengundian atas mana-mana ketetapan syarikat
  4. Hak ke atas syer yang sama dalam pengagihan lebihan aset syarikat
  5. Hak ke atas syer yang sama dalam dividen yang dibenarkan oleh Lembaga. 

Penukaran status syarikat

Bagaimana nak tukar status syarikat anda dari syarikat tidak berhad kepada syarikat berhad? 

Seksyen 40 (1) Akta Syarikat 2016 menyatakan sesuatu syarikat yang berstatus tidak berhad boleh bertukar kepada status berhad melalui kelulusan suatu ketetapan khas dan hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis bagi penukaran dan menyatakan pengubahan namanya yang sesuai.

Salah guna maklumat syarikat?

Bagaimana untuk membawa tuntutan sekiranya pengarah syarikat ataupun pekerja  menyalahgunakan maklumat syarikat?

Anda boleh memfailkan tuntutan di bawah seksyen 218 (1)(a) & (b) Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan bahawa seseorang pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh tanpa persetujuan atau ratifikasi mesyuarat agung menggunakan harta syarikat dan menggunakan maklumat diperoleh dalam kedudukannya sebagai pengarah ataupun pegawai. 

Kes Mahkamah: Lembaga Tabung Angkatan Tentera v Prime Utilities Bhd [2013] 7 MLJ 831: LAT v P Bhd [2013] 7 MLJ 831

Plaintif merupakan pemegang saham minoriti dalam syarikat Defendan. Plaintif telah menulis beberapa surat kepada Defendan untuk mengetahui tindakan apa yang boleh diambil oleh Plaintif untuk mendapatkan kembali baki wang yang telah diserahkan kepada syarikat pengurusan aset asing, syarikat Budi untuk pelaburan. Defendan telah memberikan sebanyak RM112juta tetapi syarikat Budi hanya memulangkan sebanyak RM4 juta. Plaintif yang tidak berpuas hati telah memfailkan satu permohonan izin kepada Mahkamah untuk membuat tuntutan terhadap syarikat Budi. Kemudian, Defendan telah memfailkan tuntutan terhadap syarikat Budi, namun gagal. Syarikat Budi digulung dan Defendan gagal untuk memfailkan apa-apa bukti hutangnya di dalam penggulungan tersebut walaupun permintaan Plaintif untuk berbuat demikian. 

Plaintif memfailkan permohonan untuk izin Mahkamah berdasarkan 181A, 181B dan 181E Akta Syarikat 1965 (pada masa itu) untuk memulakan tindakan derivatif bagi pihak Defendan terhadap pengarah-pengarahnya yang dahulu dan sekarang  untuk bertanggungjawab ke atas kerugian dalam pelaburan bersama syarikat Budi. Plaintif juga menyatakan bahawa pengarah-pengarah mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan tindakan mereka. 

Mahkamah berpuas hati dengan kes Plaintif dan membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos.

Anda ada masalah perundangan berkaitan syarikat anda?

Adakah anda seorang pengarah syarikat? Anda seorang pemegang saham dalam syarikat? Syarikat anda sedang mengalami masalah? Nak dapatkan nasihat dari segi undang-undang? Jom dapatkan nasihat guaman daripada peguam-peguam kami. Hubungi kami sekarang! 

“Peguam & Penyelamat Anda”

Hubungi kami di talian:

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *