Apakah itu perjanjian pemegang saham?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Perjanjian saham merupakan satu kontrak yang mengikat secara sah yang mentakrifkan hak, kewajipan dan tanggungjawab pemegang saham dalam sesebuah syarikat. 

Kepentingan perjanjian pemegang saham.

Kenapa perlu ada perjanjian pemegang saham? 

Perjanjian pemegang saham adalah penting untuk mengelakkan sebarang konflik yang berpotensi untuk berlaku. Perjanjian pemegang saham ini membenarkan pemegang saham untuk sama ada bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan perkara-perkara yang melibatkan pemegang saham dalam sebuah syarikat. 

Perjanjian pemegang saham juga penting untuk melindungi hak pemegang saham, sama ada majoriti ataupun minoriti. 

Perjanjian pemegang saham juga penting untuk pemegang saham mengetahui maklumat syarikat. 

Perjanjian pemegang saham v Akta Syarikat 2016

Perjanjian pemegang saham boleh menggantikan keperluan undang-undang dalam Akta Syarikat 2016 ke? 

Jawapannya, tidak. Perjanjian pemegang saham tidak boleh menggantikan keperluan undang-undang yang telah termaktub dalam Akta Syarikat 2016. Walau bagaimanapun, pemegang saham boleh saling bersetuju dalam perjanjian pemegang saham untuk melakukan perkara yang melebihi daripada apa yang telah dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016.

‘Saya dah memungkiri perjanjian pemegang saham. Apa patut saya buat?’

Jika anda telah memungkiri perjanjian pemegang saham, namun anda tidak memungkiri peruntukan di dalam Akta Syarikat 2016, anda masih boleh disaman oleh pihak lain  dan/atau pihak syarikat dan pihak lain boleh menuntut ganti rugi ke atas kemungkiran anda. Dapatkan nasihat daripada peguam untuk tahu apa yang anda perlu lakukan. 

Adakah perjanjian pemegang saham tanpa setem sah?

Perjanjian pemegang saham menjadi sah di sisi undang-undang apabila ia ditandatangani semua pihak yang terlibat, walaupun ia tidak mempunyai setem. Walau bagaimanapun, perjanjian pemegang saham tanpa setem ini tidak boleh dikemukakan sebagai bukti di Mahkamah sehingga ia disetemkan dengan betul.

Rakan bisnes anda memungkiri perjanjian pemegang saham?

Dalam kes Hwa & Ors v Abdullah & Ors [2020] 9 MLJ 217, Plaintiff Pertama dan Ketiga telah memasuki perjanjian pemegang saham dengan Defendan Pertama hingga Keempat untuk mengatur hubungan mereka dalam syarikat usaha sama. Defendan keenam dalam kes ini merupakan sebuah syarikat di mana Defendan Pertama hingga Keempat telah memindahkan saham mereka dalam Defendan Keenam.

Kemudian, Plaintif-Plaintif dalam kes ini berpendapat bahawa Defendan-Defendan telah melanggar perjanjian pemegang saham dengan melupuskan harta yang dipegang oleh anak syarikat tanpa pengetahuan pihak plaintif, memperuntukkan saham dalam syarikat sebagai pertimbangan untuk  pembelian keseluruhan modal saham dua syarikat lain, menyebabkan anak syarikat terlibat dalam urusan dan penawaran saham keutamaan boleh tukar  dan boleh ditebus dari Defendan Keenam tanpa pengetahuan Plaintif-Plaintif dan memindahkan saham dalam  syarikat yang dimiliki oleh Defendan Pertama hingga Keempat kepada Defendan Keenam tanpa persetujuan Plaintif-Plaintif dan melanggar hak penolakan pertama yang diperuntukkan di bawah perjanjian pemegang saham. Pelanggaran ini memberi hak kepada Plaintif-Plaintif untuk menguatkuasakan klausa pembelian yang terdapat  dalam perjanjian pemegang saham. 

Mahkamah dalam kes ini memutuskan bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dengan kos. 

Anda perlukan nasihat guaman?

Adakah anda sedang dibelenggu masalah di dalam syarikat anda? Perlukan nasihat dari segi undang-undang? Atau anda nak bawa tindakan ke Mahkamah? Hubungi kami untuk set temu janji bersama peguam-peguam kami. Peguam-peguam kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. 

“Peguam & Penyelamat Anda”

Hubungi kami di talian:      

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *