Apakah itu kontrak?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Kontrak bermaksud sesuatu perjanjian yang dibuat oleh pihak-pihak dengan balasan yang sah. Kontrak mesti melibatkan lebih dari satu pihak dan mesti terdapat persetujuan bersama.

Kontrak yang sah mestilah dibuat bersama balasan iaitu perkara yang dikontrakkan disertai dengan niat bahawa urusan itu berbentuk komersial atau untuk keuntungan.

Apakah elemen-elemen utama kontrak?

Sesuatu kontrak hanya boleh berkuatkuasa apabila memenuhi elemen-elemen seperti berikut:

Tawaran atau ‘offer’ iaitu pernyataan satu pihak kepada pihak lain;

Penerimaan atau ‘acceptance’ kepada tawaran iaitu pernyataan kesediaan untuk menerima tawaran 

tersebut tanpa sebarang syarat tambahan;

Balasan atau ‘consideration’ iaitu perkara yang menjadi tukaran antara kedua belah pihak. Contoh: wang atau duit.

Niat kedua-dua belah pihak untuk mengikat diri mereka dari sudut perundangan dan mana-mana pihak boleh membuat tuntutan di mahkamah untuk menguatkuasakan kontrak mereka.

Kelayakan kedua-dua pihak untuk membuat kontrak iaitu dewasa, sempurna akal dan tidak muflis. Bagi syarikat pula ia mestilah didaftar sah dan tidak digulung.

Kontrak Tanpa Balasan

Pada dasarnya, semua kontrak mesti mempunyai balasan dari kedua-dua pihak yang berkontrak. Namun begitu, Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 memberi pengecualian di mana perjanjian tetap dianggap sah walaupun tanpa balasan iaitu:

Perjanjian atas dasar kasih sayang.

Contoh: Hubungan yang mempunyai tali persaudaraan keluarga.

Perjanjian balasan lampau.

Contoh: Bantuan atau pertolongan secara sukarela atas dasar persahabatan.

Perjanjian membayar hutang yang telah luput masa. 

Syarat dan Waranti

Kebanyakkan kontrak tidak menyebut secara jelas sama ada sesuatu terma kontrak itu adalah syarat atau waranti. Walaubagaimanapun, bagi membezakan syarat dan waranti, mahkamah akan melihat kepada beberapa perkara seperti:

Peruntukan zahir kontrak yang menyatakan dengan jelas syarat dan waranti.

Melihat kepada niat pihak-pihak berkenaan ketika membuat kontrak.

Melihat kepada timbangan pelanggaran dan kesannya kepada pihak-pihak yang berkontrak.

TCT lwn MS Associate [1972] (bukan nama sebenar) 1 MLJ 171

Dalam kes ini, mahkamah menganggap peruntukan perjanjian berkaitan dengan tahap darjah kepanasan sesebuah dandang atau ‘boiler’ pelebur besi adalah satu waranti. Perayu bersetuju untuk menjual dandang pelebur besi kepada Responden dan berjanji bahawa dandang tersebut mempunyai kepanasan tidak kurang 2,600 darjah Fahrenheit. Namun, dandang tersebut tidak memenuhi spesifikasi ini dan Responden mendakwa bahawa Perayu telah melanggar kontrak. 

Mahkamah memutuskan bahawa terdapat satu pelanggaran syarat kontrak dan ini membolehkan Responden membatalkan kontrak dan menuntut ganti rugi.

Kontrak Menghalang Urusniaga

Pada dasarnya, kontrak yang menyekat kebebasan pekerja untuk mewujudkan persaingan selepas tamat pekerjaan adalah tidak sah dan batal kerana ia tertakluk kepada Seksyen 28 Akta Kontrak 1950.

Dalam kes Polygram Records Sdn Bhd lwn The Search [1994] 3 MLJ 127, kumpulan rock Search telah membuat kontrak dengan syarikat rakaman Polygram antara lain menetapkan bahawa kumpulan itu tidak boleh membuat sebarang rakaman dengan pihak lain selepas tamat kontrak antara kedua-dua pihak. Mahkamah memutuskan bahawa peruntukan ini adalah tidak sah kerana ia berbentuk sekatan perniagaan seperti dinyatakan dalam Seksyen 28.

Perlukan nasihat guaman? Tidak pernah lagi mendapatkan perkhidmatan daripada firma kami?  

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan nasihat guaman dari peguam-peguam kami yang profesional dan penuh dedikasi.

📞📱 Jom set temujanji dan hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

https://wa.me/60123647290

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *