Apakah Itu Kontrak Perkongsian

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Perkongsian adalah salah satu bentuk organisasi perniagaan yang popular selain daripada syarikat dn koperasi. Oleh kerana perkongsian melibatkan lebih daripada satu pihak, ia adalah penting untuk pihak-pihak untuk mengikat hubungan mereka dengan kontrak yang jelas bagi memudahkan penentuan hak dan kewajipan setiap pihak-pihak. Walaubagaiman pun, semua perkongsian sama ada yang dibuat secara bertulis atau tidak rasmi, tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961.

Bilakah Wujudnya Suatu Perkongsian?

Kontrak Perkongsian adalah penting untuk pihak-pihak menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan.

Seksyen 4 Akta Perkongsian menyenaraikan perkara-perkara yang menentukan sama ada suatu perkongsian itu wujud atau tidak seperti penyewaan bersama, tenancy in common, harta bersama, perkongsian keuntungan serta penerimaan keuntungan, pekerja yang digajikan dan penerimaan anuiti.

Liabiliti dalam Perkongsian

Dari segi tanggungan, setiap ahli bagi perniagaan berbentuk perkongsian adalah tidak terhad. Setiap rakan kongsi adalah bertanggungjawab ke atas segala hutang yang ditanggung oleh rakan kongsi yang lain. Hal ini adalah diperuntukkan dalam Seksyen 11 Akta Perkongsian 1961.

Kepentingan Kontrak Perkongsian Dalam Perniagaan

Katakan ada rakan kongsi yang mahu keuntungan yang diperoleh dilaburkan semula bagi pengembangan perniagaan tetapi rakan kongsi yang lain mahu keuntungan tersebut dibahagikan. Apabila setiap rakan kongsi mempunyai kuasa sama rata, kemungkinan besar tidak ada jalan penyelesaian yang diperolehi.

Walaupun bukan suatu kewajipan untuk menyatakan bahagian masing-masing secara bertulis, namun ia adalah amat digalakkan. Jika berlaku sesuatu konflik, pihak mahkamah akan mengandaikan pembahagian keuntungan, kerugian, pengurusan aset dan lain-lain dibahagi secara sama rata.

Penamatan Kontrak Perkongsian

Kontrak Perkongsian boleh ditamatkan melalui tiga (3) cara iaitu:

1. Pembubaran secara sendiri:

  1. apabila luput tempoh ditetapkan atau apabila urusan dan matlamat perkongsian telah selesai dan tercapai;
  2. apabila berlaku kematian atau rakan kongsi diisytihar bankrap;
  3. apabila terdapat rakan kongsi bertindak untuk membenarkan syernya dalam perkongsian digadaikan untuk pembayaran hutang.

2. Penamatan melalui notis.

3. Pembubaran oleh mahakamah.

CKY LWN L&W [1962] 28 MLJ 379

Plaintif meminjamkan RM35,000 kepada suaminya, yang juga merupakan rakan kongsi firma perniagaan Plaintif. Suami Plaintif telah mengeluarkan resit pinjaman di bawah nama firma dan menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang firma. Plaintif mengambil tindakan untuk mendapatkan semula wang tetapi rakan kongsi yang lain enggan membayar jumlah pinjaman tersebut dengan alasan suami Plaintif tidak mempunyai kuasa untuk meminjam wang terebut.

Mahkamah telah memuruskan bahawa Plaintif berhak dalam prinsip ekuiti, untuk mendapatkan semula jumlah pinjaman tersebut. Oleh kerana wang itu digunakan oleh firma untuk membayar hutang firma, ia dianggap seolah-olah wang tersebut, pada asalnya, dipinjam oleh firma.

Anda perlukan jawapan dan jalan penyelesaian dalam tindakan undang-undang? Dapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam-peguam kami di Liyana & Co.

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks.

“Peguam & Penyelamat Anda”

📞📱 Jom set temujanji dan hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *