APA ITU SYARIKAT?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Anda memiliki perniagaan? Adakah anda tahu apa yang didefinisikan sebagai sebuah syarikat menurut Akta Syarikat 2016 (Akta 777)?

Seksyen 2:

“Syarikat ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta ini atau di mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan.”

Sebuah syarikat wujud apabila didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Seksyen 9 Akta Syarikat 2016 menyatakan yang sebuah syarikat hendaklah mempunyai:

i) Nama

ii) Seorang atau lebih anggota, yang mempunyai liabiliti terhad atau tidak terhad bagi obligasi syarikat itu

iii) Dalam hal suatu syarikat berhad dengan syer, satu atau lebih syer

iv) Seorang atau lebih pengarah

PENDAFTARAN SYARIKAT

Sebuah syarikat mestilah didaftarkan terlebih dahulu dan tugas ini dilakukan oleh setiausaha syarikat.

Antara maklumat-maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran adalah:

-Menyediakan minimum 3 nama pilihan syarikat

-3 aktiviti utama perniagaan

-Alamat rasmi perniagaan, e-mel dan nombor telefon

-Peratusan syer setiap pemegang saham

-Salinan kad pengenalan ahli lembaga pengarah dan pemegang saham

-Nama penandatangan cek syarikat

SYARIKAT ADALAH SEBUAH ENTITI?

Berdasarkan seksyen 20(a) Akta Syarikat 2016, sebuah syarikat mempunyai keperibadian undang-undang yang berasingan daripada keperibadian anggotanya.

Ini bermaksud sebuah syarikat boleh diibaratkan seperti seorang individu yang mempunyai peribadinya sendiri.

Disebabkan itu, sebuah syarikat juga boleh membuat tindakan guaman terhadap mana-mana pihak atau dibawa tindakan guaman terhadapnya. Ini adalah menurut seksyen 21(1)(a) Akta Syarikat 2016.

Sebagai contoh:

– Syarikat Maju Sdn Bhd v Meon

– Syarikat Mantap Sdn Bhd v Syarikat Power Sdn Bhd

PEMBERHENTIAN SYARIKAT

Sebuah syarikat akan terus wujud selagi mana ia berada dalam senarai pendaftaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Menurut seksyen 20(b) Akta Syarikat 2016, ia memperuntukkan yang sebuah syarikat yang diperbadankan akan terus wujud sehingga ia dikeluarkan daripada daftar.

Cara-cara untuk mengeluarkan syarikat daripada senarai daftar adalah:

– Penggulungan syarikat

Terdapat 2 jenis iaitu penggulungan sukarela dan penggulungan paksa

– Pemotongan nama syarikat

Suruhanjaya Syarikat Malaysia mempunyai kausa untuk memotong nama syarikat daripada senarai daftar

APA ITU PENGGULUNGAN SUKARELA DAN PENGGULUNGAN PAKSA?

Penggulungan sukarela dan penggulungan paksa ini adalah antara cara untuk mengeluarkan syarikat daripada senarai daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia berdasarkan seksyen 432 Akta Syarikat 2016.

Jika sebuah syarikat itu telah digulungkan, operasi perniagaannya akan diberhentikan dan dibubarkan.

Penggulungan sukarela:

Terjadi apabila ahli syarikat telah meluluskan resolusi untuk menggulung atau membubarkan syarikat.

Penggulungan paksa:

Terjadi apabila mahkamah telah mengarahkan syarikat itu digulung melalui petisyen penggulungan oleh mana-mana pihak yang berhak.

TINDAKAN SAMAN TERHADAP SYARIKAT YANG MENGGUNAKAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN MILIK SYARIKAT LAIN SECARA SALAH!

Kayu Industries (M) Sdn Bhd v Jaya Corp Sdn Bhd [2011] 8 MLJ 572

Kayu Sdn Bhd dan Jaya Sdn Bhd menjalankan perniagaan membuat, mereka bentuk dan menjual pasu bunga di Malaysia dan luar negara.

Kayu Sdn Bhd kemudian menjadi pemilik reka bentuk berdaftar di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 selepas pemilik berdaftar asal reka bentuk perindustrian tersebut, telah menyerahhak ‘whole right, title and interest’ dalam reka bentuk perindustrian kepadanya melalui surat ikatan penyerahan hak pada 2002.

Kayu Sdn Bhd menyatakan bahawa Jaya Sdn Bhd memohon reka bentuk perindustrian Kayu Sdn Bhd untuk pasu-pasu bunganya sendiri tanpa lesen Kayu Sdn Bhd dan/atau pemilik sebelumnya.

Maka, tindakan mahkamah telah difailkan oleh Kayu Sdn Bhd kerana pelanggaran reka bentuk perindustrian miliknya, yang menyebabkan kelirupaan (passing off) pasu-pasu bunga keluaran Jaya Sdn Bhd yang sama seperti milik Kayu Sdn Bhd.

Mahkamah memutuskan Kayu Sdn Bhd berjaya buktikan kes mereka untuk tindakan tort kelirupaan terhadap Jaya Sdn Bhd kerana reka bentuk perindustrian yang digunakan oleh Jaya Sdn Bhd secara salah.

Adakah anda pemilik syarikat?

Anda salah seorang ahli lembaga syarikat?

Ada masalah perundangan berkaitan syarikat anda?

Anda buntu tak tahu macam mana nak selesaikan isu syarikat anda?

Jom dapatkan nasihat guaman daripada kami!

Hubungi kami sekarang untuk dapatkan khidmat guaman dan konsultasi daripada peguam-peguam profesional kami yang sudah sedekad berada dalam bidang guaman!

Hubungi kami untuk set temujanji:

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *