Raja Syahrir bin Abu Bakar & Anor v Manjeet Singh Dhillon [2020] 3 MLJ 482
Ramai orang fikir, “Dia bukan saya yang cakap. Saya cuma ulang.” Hakikatnya, undang-undang tak kenal istilah ‘cuma ulang’ bila reputasi seseorang hancur.
Kes ni bermula apabila seorang peguam kanan memfailkan saman fitnah selepas kenyataan tentang dirinya diterbitkan oleh media. Kenyataan itu asalnya datang daripada seorang ahli politik, berkait dengan peranan plaintif dalam satu kes jenayah berprofil tinggi. Media ambil, siar, ulang — tanpa semak, tanpa imbang, tanpa dengar penjelasan.
Pada permukaan, ia nampak macam isu kebebasan bersuara dan kepentingan awam. Tapi bila dibawa ke mahkamah, soalan sebenar ialah: Adakah penerbitan itu merosakkan reputasi profesional seseorang?
Mahkamah menjelaskan, dalam tindakan fitnah, tiga perkara mesti wujud — kenyataan itu memfitnah, ia merujuk kepada plaintif, dan ia diterbitkan kepada pihak ketiga. Dalam kes ini, mahkamah mendapati artikel dan siaran tersebut membawa makna bahawa plaintif ialah peguam yang tidak berintegriti dan menyalahgunakan proses mahkamah. Itu bukan sekadar kritikan. Itu fitnah.
Media cuba berlindung di sebalik Akta Fitnah 1957 — Seksyen 8 (justifikasi), Seksyen 9 (komen adil), Seksyen 11 dan 12 (privilej laporan dan akhbar). Semua gagal. Kenapa?
Sebab laporan itu bukan neutral, bukan berimbang, dan bukan dibuat secara bertanggungjawab.
Mahkamah juga menolak alasan qualified privilege dan konsep responsible journalism. Mahkamah tekankan satu perkara penting: Bila media pilih untuk ulang tuduhan berat tanpa pengesahan dan tanpa dapatkan respon pihak yang dituduh, media tak boleh bersembunyi di sebalik ‘kepentingan awam’.
Akhirnya, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa penerbitan tersebut adalah fitnah dan membenarkan tuntutan plaintif, termasuk ganti rugi. Prinsipnya jelas — siapa yang terlibat dalam penerbitan fitnah, tetap bertanggungjawab, walaupun mereka bukan pencipta asal kenyataan itu.
Kes ini bukan sekadar cerita tentang media. Ia amaran kepada business owners, professionals, founders, directors, dan public figures. Satu artikel. Satu video. Satu kenyataan yang tak disemak. Boleh runtuhkan reputasi yang dibina bertahun-tahun.
Akhirnya, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa penerbitan tersebut memang bersifat fitnah. Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif dan menganugerahkan ganti rugi berjumlah RM350,000, termasuk ganti rugi am dan ganti rugi teruk, sebagai pengiktirafan bahawa reputasi profesional plaintif telah tercemar secara serius.
Lesson learned: Kalau nama anda diseret, reputasi anda diserang, atau bisnes anda tercalar — jangan tunggu keadaan jadi parah. Fitnah yang dibiarkan akan dianggap benar oleh orang ramai. Dapatkan nasihat guaman sebelum keadaan tak boleh dikawal.
Kerana dalam undang-undang fitnah, diam bukan perlindungan.