Ugutan, termasuk ancaman untuk mendedahkan aib atau menyebarkan maklumat peribadi, bukan sekadar isu emosi atau konflik peribadi. Dari perspektif undang-undang, tindakan sedemikian boleh membentuk kesalahan jenayah dan juga asas kepada tuntutan sivil. Keengganan untuk bertindak atau melaporkan ugutan hanya akan memberikan ruang kepada pihak yang melakukan ancaman untuk terus menekan dan mengawal keadaan.