SUAMI ISTERI PUN BOLEH SAMAN SATU SAMA LAIN?!

Ramai yang masih keliru; bila dah kahwin, ingat tak boleh ambil tindakan undang-undang terhadap pasangan sendiri. Sebenarnya, anda boleh!

Menurut Seksyen 4A Akta Wanita Berkahwin 1957, suami atau isteri berhak untuk menyaman satu sama lain dalam tort bagi menuntut ganti rugi atas kecederaan terhadap diri yang disebabkan oleh pasangannya.

CERITA DALAM KAIN, BOLEH KE JADI BUKTI DI MAHKAMAH?

Apabila rumah tangga bergolak, ada yang terfikir untuk menggunakan rahsia atau perbualan peribadi dengan pasangan sebagai bukti di Mahkamah. Hati-hati; undang-undang melindungi komunikasi sulit antara suami dan isteri. Ia tidak boleh didedahkan tanpa keizinan pasangan.

Secara ringkasnya, Seksyen 122 Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut;

  1. Komunikasi antara suami isteri = komunikasi terlindung
  2. Tidak boleh digunakan di Mahkamah tanpa keizinan pasangan
  3. Melindungi privasi rumah tangga, walaupun dalam konflik atau perceraian

BOLEHKAH LAPOR KEPADA POLIS JIKA SUAMI/ISTERI BUAT UGUTAN?

Jawapannya: YA! Suami atau isteri tidak kebal daripada tindakan undang-undang.

Walaupun komunikasi antara suami isteri biasanya dilindungi di bawah Seksyen 122 Akta Keterangan 1950, ada pengecualian penting, contohnya bila:

  • Suami isteri saman satu sama lain; atau
  • Salah seorang dituduh melakukan jenayah terhadap pasangannya (seperti ugutan atau serangan)

Dalam kes sebegini, komunikasi seperti mesej ugutan boleh diterima sebagai bukti di Mahkamah. Jangan takut untuk bertindak. Undang-undang boleh lindungi anda.

ANDA MASIH DIGANGGU BEKAS PASANGAN?

Walaupun sudah bertahun bercerai, ada kalanya bekas pasangan masih tidak berhenti mengganggu dengan menghantar mesej bernada ugutan, menyebar fitnah, atau mengancam untuk membuka aib anda kepada majikan, keluarga, atau pihak ketiga.

Ini bukan sekadar isu peribadi ia adalah pelanggaran hak anda dan boleh dibawa ke Mahkamah Sivil. Anda boleh mengambil tindakan undang-undang seperti Saman Fitnah dan Perintah Injunksi untuk menghentikan gangguan daripada bekas pasangan anda.

BILA BEKAS PASANGAN AIBKAN ANDA DI MEDIA SOSIAL…

Selepas bercerai, Amir sangka babak perkahwinannya dengan Farah, seorang personaliti terkenal, sudah pun tamat.

Tapi di media sosial, cerita mereka terus dimainkan. Farah dengan ratusan ribu pengikut memuat naik pelbagai kenyataan yang:

  1. Tuduh Amir terlibat dengan “khalwat”
  2. Dakwa dia tak beri didikan Islam pada anak-anak
  3. Katakan dia punca anak cedera mata
  4. Sebar cerita peribadi, termasuk yang sedang dibicara di Mahkamah Syariah

Amir beri peluang, dia tarik balik permohonan injunksi, selepas Farah janji di Mahkamah untuk padam semua posting & berhenti sebarkan fitnah.

Malangnya, Farah melanggar aku janji tersebut dan meneruskan tindakan memfitnah secara terbuka. Amir kemudian membawa semula kes tersebut ke Mahkamah, kali ini atas pelanggaran akujanji dan tindakan fitnah yang berterusan.

Mahkamah Tinggi memutuskan: 

  • Perintah injunksi dikeluarkan — Farah dilarang buat kenyataan lanjut
  • Semua posting perlu dipadam dalam 7 hari
  • Kos RM20,000 diperintah dibayar
  • Tapi ganti rugi fitnah (RM2 juta) tidak dibenarkan lagi — tunggu perbicaraan penuh

BOLEH KE SAMAN ORANG KETIGA YANG GANGGU RUMAH TANGGA KITA?

Walaupun anda beragama Islam, Mahkamah Sivil tetap mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan berkaitan gangguan rumah tangga oleh pihak ketiga, selagi ia diklasifikasikan sebagai tindakan tort seperti hasutan untuk bercerai, fitnah, atau pencerobohan privasi.

Ini kerana Mahkamah Sivil tidak mengadili isu perkahwinan dari sudut hukum syarak, tetapi menumpukan kepada pelanggaran hak individu dari aspek sivil. Oleh itu, jika seseorang secara aktif mengganggu keharmonian rumah tangga anda. Contohnya, melalui hubungan sulit, penghantaran mesej berbaur lucah kepada pasangan anda, atau menyebarkan fitnah, anda berhak memfailkan saman terhadap pihak ketiga tersebut di Mahkamah Sivil.

ANDA PERLUKAN NASIHAT GUAMAN MENGENAI TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP BEKAS PASANGAN ANDA?

Dalam perkahwinan, tak semuanya indah. Ada yang terpaksa lalui konflik berpanjangan, penderaan emosi, ugutan, atau pengkhianatan yang menyakitkan.

Bila hubungan menjadi toksik atau merosakkan jiwa, ramai yang memilih untuk berdiam diri, bukan kerana reda, tapi sebab takut. Takut dianggap memburukkan pasangan. Takut orang tak faham dan paling biasa, tak tahu bahawa undang-undang sebenarnya boleh lindungi mereka.

Jangan biarkan gelaran ‘suami’ atau ‘isteri’ lindungi perbuatan salah. Hubungi kami sekarang, kami sedia membantu anda.

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment