Sindir sikit, padah besar

Tak sebut nama pun… tapi kalau semua orang boleh teka siapa yang dimaksudkan – itu masih boleh jadi FITNAH.

Ramai ingat kalau nak kena saman fitnah, mesti kena sebut nama penuh. Tapi tahu tak, tak sebut nama pun boleh jadi fitnah kalau orang ramai boleh teka siapa yang dimaksudkan?

Contoh kes klien kami sendiri. Bekas staff dia marah, lepas tu pergi buat posting kat Social media. Ayat dia berbunyi macam sindiran – manager syarikat tu penipu, manipulatif, tak bermoral. Nama tak ditulis, tapi semua orang dalam circle tu tahu dia maksudkan klien kami.

Akibatnya? Reputasi klien tercalar. Syarikat dia pun terkena tempias sebab agak dikenali dalam industri. Posting tu buat orang hilang percaya, dan kerosakan tu bukan benda kecil.

Dalam undang-undang Malaysia, kalau orang awam yang baca boleh kaitkan kata-kata itu kepada anda – walaupun nama tak disebut – itu masih boleh jadi asas kes fitnah. Dan ya, mangsa boleh failkan saman dan tuntut ganti rugi.

Jadi hati-hati bila tulis status atau sindiran di media sosial. Sekali rosakkan nama orang lain, kesannya bukan saja pada reputasi – anda mungkin kena bayar dengan duit dan masa di mahkamah.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment