Ramai sangka bila pegang saham minoriti, mereka tiada kuasa. Sebenarnya, anda berhak dapat akses dokumen syarikat, hadiri mesyuarat agung, dan bersuara dalam keputusan besar. Anda juga boleh lindungi diri jika ada unsur penipuan atau salah guna kuasa oleh pengarah. Semua ini dilindungi di bawah Akta Syarikat 2016. Jangan biar hak anda dipijak dalam diam.
Apa Maksud ‘Partner Khianat’?
‘Khianat’ dalam konteks syarikat bukan hanya sabotaj, tapi termasuk ambil duit syarikat untuk diri sendiri, guna info syarikat buka bisnes baru secara senyap, atau buat keputusan penting tanpa rundingan. Semua ini melanggar tanggungjawab fidusiari di bawah Seksyen 213 Akta Syarikat. Kalau anda diam, syarikat boleh rugi — dan anda pun rugi.
Tanda-tanda partner sedang “sorok” sesuatu
Tanda awal biasanya jelas — AGM tak pernah dipanggil, laporan kewangan hilang, duit keluar tak tentu hala. Jika anda perasan benda pelik, anda berhak minta dokumen rasmi untuk semakan. Lagi lama anda tunggu, lagi besar risiko kerugian.
Apa Tindakan Anda?
Anda boleh failkan tindakan derivatif untuk saman atas nama syarikat, buat laporan kepada SSM, atau mohon injunksi daripada mahkamah. Semua tindakan ini lebih kuat jika anda ada bukti dan ikut saluran sah. Jangan tunggu partner bertindak lebih jauh baru nak lawan!
Bila Shareholder Menang !
Ada kes pemegang saham saman partner kerana guna aset syarikat untuk bisnes peribadi. Mahkamah arahkan partner bayar ganti rugi kerana langgar amanah. Ini bukti, pemegang saham bukan mangsa kalau tahu guna hak. Kalau mereka boleh menang, anda pun boleh.
Gas Logistics Sdn Bhd v Gas Metals Sdn Bhd & Ors (Bukan Nama Sebenar)
Dalam kes ini, mahkamah mendapati bahawa para pengarah telah secara sistematik memindahkan aset syarikat kepada entiti pesaing yang mereka kawal, dengan tujuan untuk memperkaya diri sendiri. Mahkamah memutuskan bahawa tindakan tersebut merupakan pelanggaran fidusiari yang serius dan mengarahkan para pengarah membayar ganti rugi pampasan dan teladan kepada syarikat.
Cegah Sebelum Parah
Perjanjian pemegang saham penting untuk elak konflik. Tetapkan aturan jelas tentang keputusan, akses dokumen dan cara keluar dari syarikat. Jangan serah segalanya atas dasar percaya tanpa semak. Hak anda takkan jaga diri sendiri — andalah penjaganya.
Masalah Undang-Undang? Serahkan Pada Yang Pakar.
Dengan lebih 12 tahun pengalaman dalam dunia guaman, kami bersedia membimbing anda dengan penyelesaian yang tepat dan berstrategi. Jangan tunggu hingga terlambat — hubungi kami sekarang untuk sesi nasihat yang anda perlukan.
Hubungi kami untuk set janji temu: