Offer Letter: Sekeping Kertas, Tapi Beratnya Macam Kontrak

Ramai orang anggap offer letter tu dokumen manis-manis je. Macam “welcome note” sebelum kerja bermula. Tandatangan, simpan, kalau tak jadi kerja pun boleh tarik diri tanpa masalah. Simple — atau sekurang-kurangnya itulah tanggapan biasa.

Tapi undang-undang tak pernah “simple.” Saya pernah kendalikan satu kes yang buktikan benda ni boleh bertukar jadi isu besar.

Seorang calon pekerja, fresh, excited, dah terima jawatan. Tarikh mula kerja confirm, HR dah ready. Meja dan komputer dah standby. Malah, team internal dah dimaklumkan ada staff baru akan masuk. Semua bersedia untuk sambut orang baru.

Tiba-tiba, beberapa hari sebelum reporting day… satu mesej pendek masuk:
“Sorry, saya tak jadi.”

Sekilas pandang, macam tak ada apa. Cuma keputusan peribadi. Tapi dari sisi undang-undang — ini boleh jadi malapetaka. Sebab offer letter yang calon tu tandatangan bukan sekadar surat tawaran. Dalamnya ada klausa jelas: gagal lapor diri = bayar pampasan 2 bulan gaji asas.

Syarikat pun bertindak. Notis rasmi dikeluarkan, menuntut pampasan. Tapi mesej yang diterima hanyalah senyap. Tiada respon.

Ramai terkejut bila tahu — bawah Seksyen 74 Akta Kontrak 1950, bila satu pihak mungkir janji, pihak yang satu lagi berhak tuntut pampasan yang munasabah. Bukan sekadar kata-kata. Ia boleh sampai ke Mahkamah Sivil, dengan tuntutan pampasan + kos guaman sekali.

Maksudnya? Offer letter yang disangka “sekeping kertas” boleh jadi tiket masuk ke medan undang-undang. Bila anda tandatangan, anda terikat. Dan bila mungkir, bukan sahaja reputasi tercalar, duit pun boleh melayang.

Pengajarannya jelas: jangan pandang ringan offer letter. Baca setiap klausa. Fahamkan tanggungjawab. Sebab kadang-kadang, sekeping kertas itu lebih berat daripada yang anda sangka.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment