Low Cheng Teik & Ors v Low Ean Nee

Kadang-kadang kan, bila kita rasa kena aniaya dalam bisnes, kita rasa macam nak terus lari pergi court. Kita rasa kita mangsa, so kita ingat kita boleh terus tuntut macam-macam.

I teringat satu kes ni. Syarikat family tau. Share 50-50. Nampak macam “fair” lah kan? Dua-dua ada suara.

Sekali, partner dia buat hal. Dia pergi ‘jual’ trademark company kat orang lain.

Korang tahu dia jual berapa? RM10 je.

Aset paling mahal dalam company, dia bagi harga macam beli nasi lemak dua bungkus.

Masa client datang jumpa I, dia punya sedih, punya marah… I faham sangat.

“Puan Liyana, dia memang aniaya saya hidup-hidup!”

Kita pun cubalah failkan kes “oppression” sebab nak minta keluar, nak dia beli balik share kita.

Persoalannya, trademark tu milik siapa?

Rupanya… trademark tu milik syarikat. Bukan milik dia seorang.

Jadi kalau trademark tu dipindahkan secara salah, syarikatlah yang sebenarnya rugi.

Bila kerugian tu pada aset syarikat, hak untuk saman tu sebenarnya milik syarikat. Bukan kita punya personal action.

Sakit kan? Dah lah kena khianat, nak lawan pun kena “pintu” yang betul.

Sebab tu I selalu pesan… Tak semua pengkhianatan tu dikira “oppression” kat mata undang-undang.

Banyak kali I tengok orang kalah bukan sebab dia tak ada kes.

Tapi sebab dia “salah pintu”.

Bila kita tersalah pilih jalan, mahkamah tak peduli dah berapa banyak air mata kita tumpah. Prosedur tetap prosedur.

Part paling susah jadi lawyer ni, sebenarnya bukan masa nak bertekak depan hakim.

Tapi masa nak kena duduk depan client, pandang mata dia, dan cakap:

“Kita kena buat benda ni cara betul. Kalau tak, kita kalah bukan sebab kita salah. Tapi sebab kita salah jalan.”

Litigation ni memang teknikal. Sangat teknikal.

Emosi mungkin boleh bawa kita sampai pintu court.

Tapi kalau jalan salah, kita balik tangan kosong.

Ramadhan ke-7 ni…

I pun masih belajar tentang sabar.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment