Janji bisnes bukan automatik jadi fitnah atau penipuan

IJM CONSTRUCTION SDN BHD v LINGKARAN LUAR BUTTERWORTH (PENANG) SDN BHD & ANOR IJM CONSTRUCTION SDN BHD v LINGKARAN LUAR BUTTERWORTH (PENANG) SDN BHD & ANOR [2024]

Ramai orang fikir, bila satu pihak janji sesuatu dalam rundingan bisnes tapi akhirnya tak jadi, itu terus bermaksud menipu. Hakikatnya, undang-undang tak semudah itu.

Kes ini bermula apabila satu projek infrastruktur besar melibatkan pembinaan lebuh raya. Plaintiff telah melaksanakan kerja pembinaan dan juga membantu dari segi pembiayaan. Bila bayaran dan penebusan saham tidak dibuat seperti dipersetujui, tindakan undang-undang dimulakan.

Semasa kes masih berjalan, kedua-dua pihak berbincang untuk menyelesaikan pertikaian secara komersial. Hasil perbincangan itu, satu dokumen “salient terms” ditandatangani dan kemudiannya direkodkan sebagai consent judgment di mahkamah. Plaintiff bersetuju beri tempoh moratorium, dengan harapan penyelesaian penuh akan dicapai.

Masalah timbul bila rundingan gagal selepas tempoh yang lama. Defendant kemudian mendakwa bahawa mereka telah dipengaruhi oleh representasi palsu, lalu memohon supaya consent judgment itu dibatalkan atas alasan misrepresentation.

Bila kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan, mahkamah melihat isu sebenar —

Adakah janji dan kenyataan dalam rundingan itu satu representasi fakta palsu, atau sekadar harapan dan niat masa depan?

Mahkamah menjelaskan bahawa di bawah Seksyen 18 Akta Kontrak 1950, misrepresentation mesti melibatkan kenyataan fakta yang salah, bukan sekadar janji, cadangan atau niat yang masih bergantung kepada rundingan lanjut dan kelulusan dalaman syarikat.

Dalam kes ini, mahkamah mendapati bahawa kenyataan yang dibuat oleh plaintiff adalah bersyarat, penuh dengan kelayakan, dan jelas tertakluk kepada perbincangan lanjut serta kelulusan lembaga pengarah. Itu bukan janji kosong, dan juga bukan penipuan.

Mahkamah juga menolak dakwaan bahawa defendant telah “terpengaruh” atau dipaksa menandatangani consent judgment. Hakikatnya, moratorium yang dipersetujui memberi kelebihan besar kepada defendant kerana melambatkan risiko penghakiman terhadap mereka.

Akhirnya, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tiada misrepresentation berlaku, consent judgment adalah sah, dan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkannya diketepikan. Rayuan plaintiff dibenarkan sepenuhnya.

Tiada ganti rugi wang dianugerahkan kepada mana-mana pihak dalam kes ini. Kes ini bukan tentang pampasan, tetapi tentang menegakkan kontrak dan persetujuan komersial yang telah direkodkan di mahkamah.

Kes ini bukan sekadar cerita projek pembinaan. Ia amaran kepada business owners, directors, dan founders.

Lesson learned: Kalau anda tandatangan apa-apa persetujuan bisnes, terutama yang direkodkan sebagai consent judgment, faham betul-betul apa implikasinya. Bila konflik timbul, isu bukan lagi emosi atau “siapa janji apa”, tapi apa yang boleh dibuktikan di sisi undang-undang.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment