Ramai orang mulakan bisnes dengan kawan baik, adik-beradik, pasangan – semua bermula dengan semangat dan kepercayaan. Tapi bila bisnes mula untung atau ada masalah kewangan, konflik pun mula muncul. Tak ada perjanjian bertulis menyebabkan masing-masing salah faham tentang peranan, pegangan modal, dan hak masing-masing. Akhirnya, persahabatan jadi mangsa. Partnership Agreement bukan tanda kita tak percaya, tapi bukti kita nak jaga hubungan & bisnes secara profesional.
Ini pelindung masa depan bisnes anda.
Partnership Agreement ialah dokumen rasmi yang terangkan dengan jelas siapa rakan kongsi, berapa modal yang disumbangkan, cara pembahagian untung/rugi, kuasa membuat keputusan, dan bagaimana kalau ada yang nak keluar dari bisnes. Ia juga tunjukkan komitmen setiap partner – bukan cakap kosong. Tanpa dokumen ini, anda akan susah pertahankan hak jika ada perkara tak diingini berlaku. Mulakan bisnes dengan asas yang kukuh, bukan sekadar “janji mulut”.
Aku tak boleh buat apa sebab semua atas trust
Bila semua urusan bisnes dibuat atas dasar ‘percaya’, kita bukakan ruang besar untuk risiko. Banyak kes di mana salah seorang partner ambil duit syarikat, tukar nama syarikat, atau sign kontrak tanpa persetujuan partner lain. Bila nak ambil tindakan, barulah sedar tak ada apa-apa bukti atau agreement. Mahkamah pun susah nak bantu kalau tiada dokumen rasmi. Partnership Agreement ni sebenarnya lindungi semua orang – bukan seorang je.
Checklist Partnership Agreement
Kalau anda sedang merancang untuk buat Partnership Agreement, pastikan anda masukkan butiran ini:
- Nama dan butiran semua partner,
- Berapa modal yang disumbangkan dan siapa pegang berapa %,
- Peranan & tanggungjawab setiap partner,
- Sama ada ada gaji tetap atau hanya dividen,
- Akses kepada akaun bank & kuasa menandatangani,
- Prosedur keluar dari syarikat atau kematian partner,
- Cara selesaikan konflik – nak rundingan dulu atau terus ke mahkamah,
- Tandatangan & tarikh kuat kuasa.
Bila semua ni jelas dari awal, bisnes akan lebih tenang dan stabil.
Percaya sangat sampai tak minta tandatangan
Ramai usahawan muda dan founder baru terlepas pandang benda asas – semua atas dasar ‘kita kan kawan’, ‘kita adik-beradik’. Tapi bila berlaku ketidaksefahaman, kepercayaan yang dulunya kuat boleh musnah dalam sekelip mata. Tak ada perjanjian, tak ada bukti siapa buat keputusan, siapa layak ambil duit, atau siapa tanggung kerugian. Anda akan terperangkap dengan masalah yang boleh dielakkan. Jangan buat silap yang sama. Lindungi bisnes anda dari awal.
Kalau tak ada agreement, undang-undang akan tentukan.
Ramai tak tahu, kalau anda tak ada Partnership Agreement, anda secara automatik tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961. Contohnya, jika tak nyatakan pegangan saham dalam dokumen, undang-undang akan anggap semua partner berkongsi untung rugi secara sama rata – walaupun sorang je keluarkan duit atau buat kerja. Nak elak benda ni berlaku? Anda perlu tulis sendiri syarat-syarat yang sesuai dengan realiti bisnes anda. Jangan biarkan undang-undang buat keputusan untuk anda.
Nak selamatkan bisnes & persahabatan?
Tak kira besar atau kecil bisnes anda – jika anda ada lebih daripada satu founder atau partner, Partnership Agreement wajib ada. Dokumen ini bukan untuk orang kaya atau syarikat besar je. Ia untuk semua orang yang serius nak berniaga secara sah, adil, dan teratur. Lindungi hubungan, elakkan drama, dan bina bisnes yang tahan lama.
Kalau anda belum ada Partnership Agreement, inilah masa untuk mulakan. Kami di Tetuan Liyana & Co. boleh bantu anda susun dokumen yang sah dan sesuai ikut keperluan.