Baru-baru ni saya terbaca satu kes menarik pasal undang-undang fitnah.
Kisahnya tentang sebuah syarikat tersenarai di bursa, kita panggil Syarikat Mega Berhad, dan sebuah majalah kewangan terkenal, Majalah Niaga Harian.
Pada bulan April 2021, majalah ni terbit satu laporan khas bertajuk:
“Tangan-tangan tersembunyi di sebalik lonjakan saham murah”.
Dalam artikel tu, mereka cerita kononnya ada sekumpulan individu yang mengawal sampai 60 syarikat tersenarai. Mereka didakwa main harga saham, pindah-pindahkan aset, dan ada yang kata terlibat dengan pengubahan wang haram.
Yang buat Syarikat Mega panas hati — nama mereka ada dalam senarai syarikat yang “terkait” dengan siasatan tu.
Bagi Syarikat Mega, ini dah menjatuhkan imej. Mereka rasa artikel tu buat orang percaya mereka menyeleweng duit syarikat, beli aset untuk tujuan tak sah, dan basuh duit haram.
Tak tunggu lama, mereka hantar surat tuntutan kepada Majalah Niaga Harian, minta tarik balik artikel dan mohon maaf. Tapi majalah tu kata tak.
Maka, jumpa lah di mahkamah.
Syarikat Mega berhujah, artikel tu jelas merujuk pada mereka sebab nama tersenarai. Lagi pula, majalah tak pun minta komen atau semak fakta dengan mereka dulu.
Pihak majalah pula kata, “Kami tak tuduh Syarikat Mega. Cerita ni pasal kumpulan individu, bukan syarikat tu. Nama dia cuma disebut sebab tersenarai dalam senarai. Lagi pula, laporan kami neutral, fakta kami dapat daripada sumber yang boleh dipercayai, termasuk pihak berkuasa.” Mereka siap tambah, “Reputasi syarikat tak jatuh pun, malah pendapatan naik lepas artikel tu.”\
Akhirnya, mahkamah buat keputusan:
- Artikel tu, kalau baca satu laporan penuh, memang tak memfitnah Syarikat Mega.
- Tak ada bukti reputasi terjejas — cerita pinjaman bank kena tolak pun tak ada dokumen sokongan.
- Pembelaan majalah diterima, termasuk alasan kenyataan mereka benar dalam maksud sebenar, dan perlindungan di bawah qualified privilege.
- Tiada bukti mereka ada niat jahat.
Kes ditolak, dan Syarikat Mega kena bayar kos guaman kepada Majalah Niaga Harian.
Kalau rasa difitnah, kena buktikan betul-betul reputasi terjejas, bukan sekadar rasa malu. Dan untuk media, kalau kita ikut prinsip kewartawanan beretika dan semak fakta, undang-undang memang ada lindungi.