Bila Persaingan Bertukar Jadi Fitnah

Dalam dunia bisnes, pesaing memang perkara biasa. Tapi bila persaingan bertukar jadi tuduhan palsu, ia boleh jadi bahaya.

Ada seorang usahawan wanita yang berjaya bina jenama minuman sendiri. Segala resepi dan bahan pre-mix dijaga rapi, malah ada perjanjian dengan pembekal supaya formula itu kekal rahsia. Tapi tiba-tiba tersebar dalam WhatsApp — ada orang mendakwa kononnya mereka tahu di mana nak beli bahan yang sama.

Ayat-ayat macam “buat sendiri je… beli kat sini… murah lagi…” mula berlegar. Dengar macam kecil, tapi sebenarnya memberi maksud seolah-olah produk usahawan ini tidak asli, seolah-olah sesiapa pun boleh tiru.

Lebih teruk, yang menyebarkan itu rupanya juga menjalankan bisnes dalam produk sama. Jadinya, bukan sekadar cakap kosong — tapi boleh dilihat sebagai cubaan mencalar reputasi pesaing untuk kepentingan sendiri.

Kesan? Hubungan usahawan ini dengan ejen-ejen jualannya mula goyah. Ada yang keliru, ada yang hilang kepercayaan. Bisnes yang dibina dengan susah payah mula terancam hanya kerana beberapa mesej yang tidak bertanggungjawab.

Inilah yang dikatakan fitnah dalam bisnes. Ia bukan sekadar soal maruah, tapi boleh menjatuhkan keyakinan pelanggan, menggugat kepercayaan ejen, dan akhirnya menjejaskan periuk nasi seseorang. Fitnah dalam perniagaan boleh dianggap serius, lebih-lebih lagi bila ada bukti niat jahat di sebaliknya.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment