Bila Cerai Jadi Punca Gangguan

Ramai fikir bila bercerai, titik noktah pun bermula. Dua jiwa berpisah, jalan masing-masing. Tapi realitinya, ada yang tak tahu erti “move on.” Ada yang jadikan perceraian sebagai senjata untuk terus menghantui hidup bekas pasangan.

Anak guam saya — seorang doktor, seorang ayah — cuba teruskan hidup dengan tenang. Dia mahu jaga anak, fokus kerja, bina semula hidup yang retak. Tapi bekas isterinya… seolah-olah tak boleh lepaskan.

Setiap minggu ada gangguan. Dari emel panjang penuh makian, hinaan, fitnah — bukan sekali, bukan dua kali, tapi berpuluh-puluh kali. Setiap emel jadi peluru untuk rosakkan maruah. Anak guam saya simpan semua, sebab dia tahu — sooner or later, ini bukan lagi drama rumahtangga. Ini bukti di mahkamah.

Dan ya, kemuncaknya berlaku di tempat yang paling tak disangka: hospital.

Hari anak nak discaj, suasana sepatutnya lega. Tapi sebaliknya jadi medan aib. Dalam sekelip mata, bekas isteri naik angin. Dua kali tamparan singgah di muka anak guam saya — depan staf hospital, depan rakan sekerja, depan orang ramai. Reputasi yang dibina bertahun-tahun runtuh hanya kerana tangan liar seorang wanita.

Belum sempat reda, episod seterusnya lebih mengejutkan. Dalam bilik wad, perempuan itu meracau. Makian bertubi-tubi. Tuduhan sihir. Biji lada hitam dibaling. Air zam-zam diangkat, siap sedia nak disimbah. Dan lebih keji, dia block pintu, halang anak guam saya keluar. Saat lelaki itu cuba lepaskan diri, dia bertukar watak, buat drama seolah-olah dialah mangsa — konon ditolak, padahal dialah penghalang.

Cerita ini pantas merebak. Dari satu staf ke staf lain, dari hospital ke hospital lain. Nama baik anak guam saya mula disebut-sebut di komuniti perubatan. Satu tamparan bukan saja tinggalkan lebam di muka, tapi luka dalam reputasi.

Soalannya: masih nak panggil ini isu keluarga? Tidak. Ini sudah jadi gangguan serius — ada serangan fizikal, ada penderaan emosi, ada pencemaran nama baik, ada reputasi yang musnah. Dan ya, semua ini boleh jadi asas saman di mahkamah.

Perceraian sepatutnya tutup buku lama. Tapi bila dendam dijadikan kompas hidup, orang sendiri yang akhirnya menjerumuskan diri ke kandang pesalah.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment