Beli Rumah, Dapat Janji Palsu

Amir dan Nadiah merupakan baru setahun kahwin dan mereka membuat satu keputusan besar iaitu membeli rumah pertama mereka. Bagi pasangan ini, itu tanda permulaan kehidupan yang baru. Tempat dimana mereka nak bina keluarga, tempat impian menjadi nyata.

Duit simpanan mereka dah lama dikumpul. Apabila pinjaman lulus dan perjanjian jual beli dimeterai, senyum tak lekang dari wajah Nadiah. Masa tengok pelan rumah, dia dah mula bayang warna dinding bilik tidur. Amir pula dah pilih lokasi kabinet dapur, siap plan nak beli TV besar untuk ruang tamu.

Tarikh siap rumah? Jelas dinyatakan dalam perjanjian — 24 bulan dari tarikh tandatangan.

Masa pun berlalu.
Tahun pertama, belum siap. mereka sabar.
Tahun kedua, mereka mula rasa risau.

Masuk bulan ke-30, rumah belum siap. Tak ada kunci. Tak ada Sijil Kelayakan Menduduki (CF). Lebih pelik, arkitek pemaju tak pernah keluarkan sijil pun yang sahkan rumah tu betul-betul siap untuk diduduki.

Amir mula tertekan. Dia bukan saja masih bayar sewa rumah lama, tapi dalam masa yang sama — dah mula bayar ansuran bulanan rumah yang belum boleh duduk. Nadiah pula mula diam, dia tahan sebak. Dia tahu, impian mereka sedang runtuh perlahan-lahan.

Satu hari, Amir buka balik semula fail lama dan salah satunya perjanjian jual beli rumah. Dia baca satu-satu… dan di situlah dia jumpa Klausa 23. Tertulis dengan jelas: pemaju hanya boleh serah milikan kosong bila rumah dah siap, CF dah dimohon, dan ada sijil daripada arkitek yang sahkan semua tu.

Tapi semua tu — tak berlaku.

Esoknya, Amir dan Nadiah nekad jumpa peguam. Mereka tak nak terus dibodohkan.

Kes dibawa ke mahkamah. Mereka tuntut gantirugi atas kelewatan (LAD). Dan Mahkamah Tinggi setuju dimana pemaju didapati bersalah. Kelewatan berlaku, dan mereka perlu bayar pampasan.

Tapi pemaju, macam biasa — tak mahu mengaku kalah.
Mereka merayu. Di Mahkamah Rayuan, mereka cuba ubah cerita:
Katanya, “Kami dah mohon CF. Jadi tak patut kira lambat.”

Tapi masalahnya — itu tak pernah dibangkitkan masa awal kes. Dan bukti pun tak ada. CF tak pernah dikemukakan. Sijil arkitek pun kosong.

Akhirnya, Mahkamah Persekutuan buat keputusan yang melegakan keresahan Amir dan Nadiah.

Hakim kata:
✅ “Kalau alasan tu tak dibangkitkan dari awal, tak boleh bawa dalam rayuan.”
✅ “Mahkamah Tinggi buat keputusan yang betul. Pemaju lambat. Pembeli berhak.”

Ramai orang ingat bila beli rumah, semua akan selesai lepas sign perjanjian. Tapi realitinya — pemaju boleh lambat, boleh mungkir janji, dan boleh senyap tanpa rasa bersalah.

Kalau Amir tak semak perjanjian, kalau Nadiah terus diam… mungkin sampai hari ni mereka masih bayar untuk rumah yang mereka tak pernah duduk.

⚖️ Kalau anda pun dalam situasi macam ni — jangan tunggu sampai duit habis dan hati hancur.

Peguam di Liyana & Co. ada pengalaman bantu pembeli rumah yang dikhianati pemaju. Kami tahu bagaimana nak lawan, dan kami tahu undang-undang yang lindungi anda.






Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment