Ramai usahawan dan content creator ambil gambar dari Instagram atau Facebook untuk dijadikan bahan promosi tanpa sedar itu sebenarnya milik orang lain. Di bawah Seksyen 13 Akta Hak Cipta 1987, pencipta asal gambar seperti jurugambar atau pemilik akaun mempunyai hak eksklusif untuk menentukan bagaimana gambarnya digunakan. Gambar di media sosial bukan bebas guna. Jika anda guna untuk bisnes tanpa izin, pemilik boleh tuntut pampasan atau memfailkan saman.
Gambar Viral ≠ Gambar Percuma. Semua Masih Ada Pemilik.
Ramai fikir bila sesuatu gambar dah viral, ia jadi hak awam. Tapi sebenarnya gambar viral masih dimiliki oleh penciptanya. Populariti tidak menghapuskan hak cipta. Jika anda guna gambar viral dalam iklan, banner atau content jualan, anda tetap perlu dapatkan kebenaran bertulis. Sebarang kegunaan tanpa izin terutama untuk tujuan komersial boleh dianggap sebagai pelanggaran undang-undang.
Gambar Dari Google. Boleh Guna Terus?
Google Image bukanlah perpustakaan awam tanpa hak. Kebanyakan gambar di Google adalah dipaut dari laman web lain yang masih tertakluk kepada hak cipta. Anda tidak boleh hanya ‘save as’ dan terus guna untuk produk atau servis anda. Jika gambar itu dihasilkan oleh individu atau syarikat dan anda guna tanpa izin, mereka berhak mengambil tindakan undang-undang.
Guna Gambar Pelanggan? Wajib Dapat Kebenaran Bertulis.
Dalam dunia pemasaran digital, ramai pemilik bisnes suka kongsikan gambar pelanggan contohnya, ketika pelanggan memegang produk, tersenyum selepas servis atau sebagai testimoni. Niatnya baik, tetapi ramai terlepas pandang satu perkara penting: persetujuan bertulis.
Gambar pelanggan termasuk dalam kategori data peribadi, dan jika digunakan tanpa kebenaran, ia boleh melanggar undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Lebih-lebih lagi, jika pelanggan yang mengambil gambar tersebut, hak cipta juga mungkin milik mereka.
Jangan ambil mudah. Minta izin dengan cara formal, dan simpan bukti sebagai langkah perlindungan. Ini bukan sahaja melindungi anda dari risiko saman, tetapi juga menunjukkan profesionalisme syarikat anda.
Dah Ubah Gambar. Masih Salah?
Ramai fikir bila mereka sudah edit gambar — contohnya crop sedikit, tukar warna, tambah teks atau logo — gambar itu tidak lagi tertakluk pada hak cipta asal. Tapi ini adalah salah faham besar.
Dalam undang-undang hak cipta, mengubah sesuatu karya tidak serta-merta menghilangkan hak milik pencipta asal. Selagi elemen utama masih boleh dikenalpasti atau imej asal masih jelas, anda masih boleh disaman.
Ini termasuk meme, parodi atau “quote card” yang menggunakan gambar asal sebagai latar belakang.
Jika anda tak pasti sumber gambar itu dari mana, jangan guna, walau hanya sebagai bahan sementara.
Nak Selamat? Guna Gambar Dengan Cara Sah.
Satu perkara mudah tapi sering diabaikan — menggunakan gambar secara sah.
Ramai peniaga kecil atau pemula bisnes ambil mudah soal ini dan akhirnya menanggung akibat besar. Berikut adalah tiga amalan terbaik untuk mengelakkan masalah hak cipta:
Gunakan platform gambar bebas hak cipta seperti Unsplash, Pexels, atau Canva Pro. Gambar di sini tersedia untuk tujuan komersial, tetapi pastikan baca syarat lesen terlebih dahulu.
Dapatkan izin bertulis jika anda mahu guna gambar dari pelanggan, selebriti, influencer atau jurugambar luar. Izin boleh dibuat melalui e-mel rasmi, borang persetujuan, atau perjanjian lesen.
Simpan semua bukti seperti screenshot izin, e-mel kebenaran, atau invoice pembelian gambar.
ANDA PERLUKAN NASIHAT GUAMAN BERKENAAN SAMAN SIVIL?
Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami sekarang!
Hubungi kami untuk set janji temu: