Satu Screenshot, Maruah Bertahun Hancur

Anak guam kami bukan orang biasa. Dia seorang yang selama ini menjaga nama baiknya dengan penuh berhati-hati. Reputasi yang dibina bertahun-tahun — hasil daripada kerja keras, disiplin, dan kepercayaan orang sekeliling. Semua itu adalah aset paling berharga dalam kerjayanya.

Tapi semuanya musnah hanya kerana satu tindakan yang dilakukan dengan penuh niat jahat.

Defendan mengambil screenshot status Facebook peribadi anak guam kami. Status itu bukan ditulis di ruang awam, tapi di akaun peribadi. Namun tanpa izin, gambar itu diambil dan dimuat naik ke dalam sebuah group WhatsApp rasmi. Bukan group sembarangan — tetapi group yang dianggotai oleh pegawai-pegawai atasan.

Apa yang berlaku selepas itu lebih menghancurkan. Dalam group itu juga, anak guam kami ditegur secara terbuka. Dia dipanggil menghadiri mesyuarat khas, berdepan dengan defendan dan seorang lagi pegawai. Teguran itu tidak lagi perbualan peribadi — ia menjadi tontonan ramai.

Hasilnya? Maruahnya tercalar. Rakan sekerja mula memandang serong. Majikan mula hilang keyakinan. Aib itu bukan sahaja menjejaskan kerjayanya, tetapi meninggalkan luka emosi yang dalam.

Dan yang paling menyakitkan, semua itu bukan silap teknikal. Ia bukan sekadar “tersalah hantar” atau “forward tanpa sengaja”. Ia dibuat dengan tujuan. Dengan niat untuk menjatuhkan. Sampai ke hari ini, tiada permohonan maaf. Tiada penarikan balik. Aib itu kekal — seakan parut yang tak hilang.

Ramai orang anggap perkara seperti “forward dalam WhatsApp group” atau “share status” adalah hal kecil. Tapi bila ia menjatuhkan maruah seseorang, ia bukan lagi hal main-main. Dalam undang-undang, itu sudah cukup jadi asas saman fitnah (defamation).

Kerana fitnah bukan sahaja berlaku di surat khabar atau portal berita. Ia juga boleh berlaku di ruang paling kecil — dalam group WhatsApp, dalam status Facebook, dalam satu klik.

Dan hakikat paling pedih: reputasi bertahun-tahun boleh hancur hanya kerana satu screenshot.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment