ADAKAH KES TERHENTI APABILA PLAINTIFF MENINGGAL DUNIA?

Menurut seksyen 8(1) Akta Undang-Undang Sivil, kausa tindakan masih wujud walaupun pihak yang berkemungkinan menjadi plaintif telah meninggal dunia, kecuali dalam empat (4) keadaan, iaitu:

Fitnah, Godaan (seduction), Memujuk pasangan seseorang untuk meninggalkan pasangan mereka (inducing one’s spouse to leave another), dan Zina (adultery).

Ini kerana tindakan-tindakan tersebut dianggap sebagai tindakan peribadi. Apabila individu yang terlibat telah meninggal dunia, maka tiada lagi “reputasi” yang boleh dipertahankan atau dicemarkan.

Dalam keadaan biasa, tindakan undang-undang akan diteruskan oleh harta pusaka si mati melalui wakil yang sah.

Apa Jadi Kalau Orang Yang Disaman Tiba-tiba Meninggal?

Aturan 15 Kaedah 7, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan bahawa apabila salah satu pihak dalam sesuatu tindakan meninggal dunia tetapi kausa tindakan masih hidup, tindakan
tersebut tidak akan terbatal atau berakhir. Malah, menurut Kaedah 2 pentadbir atau wakil si mati boleh dijadikan pihak dalam tindakan tersebut jika perlu menurut Mahkamah.

Seksyen 8(3) Akta Undang-Undang Sivil (CLA): Tindakan undang-undang berkaitan tort hanya boleh diteruskan jika prosiding terhadap defendan (si mati) telah dimulakan sebelum tarikh kematiannya, atau dimulakan tidak lewat daripada enam (6) bulan selepas wakil peribadinya
mendapatkan surat kuasa mentadbir harta.

Ini selaras dengan Seksyen 8(1) CLA, yang memperuntukkan bahawa kausa tindakan masih wujud walaupun individu tersebut telah meninggal dunia, kecuali jika tuntutan itu termasuk dalam pengecualian yang dinyatakan dalam seksyen tersebut.

BOLEH KE SAMAN DARI KUBUR?

Si Mati mungkin tidak boleh mengambil tindakan perundangan daripada alam barzakh, tetapi pentadbir boleh melalukan sedemikian bagi pihak Si mati, di mana pampasan yang diterima akan
disalurkan kepada harta pusaka Si Mati.

Apakah Ganti rugi yang boleh dituntut bagi harta pusaka si Mati?

  1. Tidak termasuk Ganti rugi teladan, Ganti rugi kesedihan, jangkaan hidup dan Ganti rugi bagi kehilangan pendapatan selepas kematian Si Mati;
  2. Ganti rugi kepada harta pusaka Si Mati yang disebabkan daripada sebuah kemungkiran sebuah perjanjian untuk kahwin
  3. Di mana kematian Si Mati disebabkan oleh sebuah tindakan atau kelalaian yang menyebabkan kausa tindakan, ianya akan diambil kira tanpa melihat kepada sebarang keuntungan atua kerugian kepada harta pusaka si Mati akibat kematiannya, melainkan berkenaan dengan perbelanjaan pengebumian yang boleh dikira sekali.

Boleh Ke Saman Orang Yang Dah Meninggal?

Situasi: Adam berhutang dengan Haikal. Namun, Adam telah meninggal dunia sebelum Haikal sempat menuntut hutang tersebut. Bolehkah Haikal menyaman Adam dan/atau menuntut hutang tersebut?

Seksyen 8(1) Akta Undang-Undang Sivil: Semua kausa tindakan yang wujud terhadap atau dimiliki oleh si mati akan terus hidup (masih boleh diteruskan).

Pengecualian (Proviso kepada Seksyen 8(1)):

Kecuali dalam kes fitnah, godaan, memujuk pasangan untuk berpisah atau tidak kembali bersama, atau tuntutan ganti rugi atas dasar perzinaan.

Seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 8(1), tuntutan masih boleh diteruskan walaupun si mati telah meninggal dunia, selagi ia tidak termasuk dalam pengecualian yang dinyatakan.

BAGAIMANA NAK SAMAN ORANG YANG DAH MENINGGAL?

Harta pusaka si mati boleh disaman atas nama Wakil Peribadi. Wakil ini boleh jadi pentadbir (administrator) atau pelaksana wasiat (executor), bergantung kepada sama ada si B meninggal dunia dengan atau tanpa wasiat.

Jika B meninggal dunia dengan wasiat, A boleh menamakan pelaksana wasiat harta pusaka B sebagai defendan. Dalam erti kata lain, A perlu mengenal pasti siapa pelaksana wasiat tersebut, dan menamakan individu itu sebagai defendan. Namun, jika pelaksana tidak mendapatkan geran probet daripada mahkamah, A tidak boleh memulakan tindakan undang-undang terhadapnya.

Jika B meninggal dunia tanpa wasiat, A boleh menyaman pentadbir harta pusaka B sebagai defendan. Tetapi ini hanya boleh dilakukan selepas pentadbir tersebut mendapat geran surat kuasa mentadbir (grant of letters of administration). Ini kerana seorang pentadbir tidak boleh menyaman atau disaman sebelum geran itu diperoleh.

Masa Mencemburui – Mengapa Anda Perlu Bertindak Pantas Dalam Tuntutan Sivil

Aturan 15 Kaedah 9 Kaedah-kaedah Mahkamah memperuntukkan bahawa sekiranya selepas kematian seorang plaintif atau defendan, di mana kausa tindakan tersebut masih hidup, tetapi
tiada perintah di bawah Kaedah 7 oleh seseorang yang menggantikan Plaintif yang meninggal dan mempunyai hak untuk meneruskan kausa tindakan tersebut, atau wakil peribadi defendan
yang sudah meninggal, maka wakil-wakil boleh memohon daripada Mahkamah suatu perintah yang mana sekiranya kausa tindakan tersebut tidak diteruskan dalam suatu jangka masa yang ditetapkan, tindakan tersebut akan dibuang terhadap pihak yang meninggal.

ANDA PERLUKAN NASIHAT GUAMAN BERKENAAN SAMAN SIVIL?

Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set janji temu:

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment